Setelah hampir sebulan menjalankan biznes homemade chocholate, baru hari ni berkesempatan nak wat marketing dlm blog pulak. X berapa mahir ngan blog-blog ni, tapi cuba-cuba dulu. Pas ni saya akan postkan cokelat-cokelat yang telah selamat ditempah oleh customer-customer saya sebelum ni. Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya, Fatimah, seorang part time housewife, dan mama pada 3 orang puteri dan 2 orang putera. Terjebak dalam dunia homemade chocolate ni secara x sengaja, dalam mencari-cari RM sampingan terjatuh cinta dengan dunia cokelat ni (memang suka makan cokelat) dan pada 27 Oktober 2010 (Rabu) saya telah menuntut ilmu dengan Kak Rahimah dari Mas des Fontaine Homechoc . Beliau seorang yang x kedekut ilmu. Banyak tips-tips dan resepi yang saya dapat, dan juga bahan cokelat yang digunakan nya juga sangat berkualiti. Orang cakap cokelat mahal. Alhamdullillah berkat dengan ilmu yang saya terima, terus mengorak langkah untuk menceburinya dengan lebih serius lagi.
Saya berharap anda dapat menyokong saya dan memberi pandangan serta pendapat jika apa-apa yang saya siarkan di dalam blog ini tidak disenangi dan kalau boleh memberikan komen yang membina. Terima kasih saya ucapakan kerana sudi singgah ke kedai online saya ini. ......
No comments:
Post a Comment