27 Feb yg lepas (Ahad) aku buatkan kek harijadi anak ku yang sulung Siti Nurbalqis yang ke 11 tahun. Actually tarikh birthdaynya 29 Februari 2000 (tahun lompat, 4th sekali baru jumpa tarikh sebenar). Mmmm dah besar panjang anak aku ni, sekejap betul masa berlalu. For the info dlm family aku , start dari bulan Jan hingga Julai berderet kami sekeluarga akan sambut harijadi. So lepas ni dlm blog aku ni akan ada kek-kek birthday yang aku buat khas untuk family aku.
Blueberry Torte, Fresh Cream frosting, Blueberry filling.
Top: Edible image, Blueberry, Fresh Cream
Second: Sponge Choc Cake
Third: Blueberry, Fresh Crea
Bottom: Sponge Choc Cake
Blueberry Torte Cake, resepi aku ambik dari buku Amy Heng. Banyak koleksi resepi kek-kek continental. Asal aku nak buat Walnut Carrot Cake with Cream Cheese frosting , tapi Balqis nak gak kek ni sebab ada blueberry. Nak camne kena wat juga; edible image dari Lea Oven dlm bentuk 4 segi, sebab adunan kek ni x sesuai dlm kek 4 segi aku terpaksa olah dlm bentuk bulat dan ucapannya terpaksa terpisah dari gambar. Tapi Balqis cakap dia suka (nak jaga hati mama kot). Feed back ahli keluarga aku yang lain, katanya rasa cam kek Black Forest & sedap...
No comments:
Post a Comment