As salam, syukur ke hadrat ilahi kami sekeluarga masih sihat dan dipanjangkan umur untuk menikmati kemeriahan 1 Syawal ini. Aktiviti kami mcm tahun yg lepas, Hari raya pertama beraya di area Petaling Jaya, KL dan Shah Alam. Esok nye baru kami bergerak ke Bukit Chedang, Seremban, then ke Melaka kt Ayer Keroh, Bukit Piatu dan Musai (Sebelah masjid negeri). Alhamdullilah dapat jumpa sedara mara sebelah mak dan arwah abah. Tahun hadapan tiada kepastian yang dapat diberikan...jadi peluang menziarahi sedara mara ni kami guna sebaik yang mungkin....
Gambar raya ke 2 sebelum bergerak ke Seremban. Spoil betul gambar raya pertama x dapat ambik pasal bateri kamera lupa nak charge...hu!hu!hu!
Mak and 4 org anak darezzz...
Ziarah Nek Long kat Musai, aku teruja betul dgn Nek Long ni, umur dia 92 tahun, tapi masih sihat, masih boleh bersembang, ingatan masih kuat, telinga masih boleh dengar dan yang menakjubkan Nek Long masih boleh solat berdiri...Istimewa nye juga Nek Long guna sumber air minum dan mandi bukan air paip tapi air perigi yang disedut masuk ke rumah...Kami kalau ke sini mesti teruja gi kt perigi ni... tapi seriau gak tengok, dalam..
Badrina, Mohd Rahmat @ Badri Fitri Ramadhan & Bazli Fakhrullah
Ni masa kat rumah Mak Uda (baju pink biru) & Busu Sitah kat Ayer Keroh Height. Masa ni dah nak balik... Pergg...Mak Uda is the best, dia bekalkan kami Ikan Parang Masak Sambal, dan makan t/hari Ikan Jenahak Masak Asam Pedas..slurrpp sedap nye....
Masa dlm perjalanan balik, alhamdullilah anak-anak semua seronok....
bukan ape..sbb byk dpt duit raya...
No comments:
Post a Comment